AJK Muslimat PAS Tanjong Karang Rentung Dalam Kebakaran

5 03 2016

Tanjong Karang, 4hb Mac    :  Ahli Jawatankuasa (AJK) IMG-20160304-WA0081Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Hajah Khalijah Yahya, 55, rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira jam 10 pagi.

Allahyarhamah yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.

Mangsa yang ketika kejadian berada di luar itu dikatakan masuk semula ke dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan dokumen penting bagaimanapun terperangkap dalam asap tebal dan meninggal dunia.

IMG-20160304-WA0094Semasa kejadian, suaminya, Haji Omar Ismail, yang juga bilal di Masjid Ar Rahmah Batu 12, tidak berada dirumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam  pada jam 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jentera bomba tiba pada jam 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah.

Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid dan diimamkan oleh anak angkatnya, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 selepas solat asar.

Menurut Ustaz Syarhan, saya menerima berita melalui whatapps, saya mengenali keluarga Mak Halijah sewaktu menyertai program anak angkat sewaktu bercuti belajar pada tahun 2001

“Saya doakan semoga Mak Halijah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para syuhada”, katanya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang.

Sementara itu, bagi Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, pula, sepanjang mengenalinya, Allahyarhamah merupakan seorang yang komited dan istiqamah dalam perjuangan.
IMG-20160304-WA0095
“Saya difahamkan beberapa hari yang lalu sewaktu Mesyuarat AJK DMP Kawasan Tanjong Karang, Allahyarhamah ada menyerah sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM400.00 kepada DMPK. Sewaktu menyerahkan duit tersebut, Allahyarhamah ada menyebut, beliau bimbang sekiranya meninggal dunia esokatau lusa, anak-anaknya tidak megetahui mengenai duit sumbangan tersebut”, katanya menziarahi jenazah Allahyarhamah di Hospital Tanjong Karang.

Antara pimpinan PAS Yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang.

Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan timbalannya, Hajah Hartati Moharom, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang, Norsidah Samat.

Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Othman Ngah dan Norhidayah Parmin serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Burong, Md Yatim Mohd Said

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: