JKKK Kampung Tok Adam Edar Buah Limau Sempena Tahun Baru Cina

4 02 2016

20160203_175615Tanjong Karang, 3 Jan : Sempena dengan ketibaan Tahun Baru Cina yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tok Adam hari ini telah mengedarkan buah limau kepada penduduk cina yang tinggal di kampung berkenaan.

Menurut pengerusianya, Haji Mohamad Sa’ad Bakar, hidup dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Negara ini, memerlukan toleransi dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
20160203_180045
Oleh yang demikian, katanya, sempena dengan Tahun Baru Cina ini, kami mengambil keputusan untuk menyampaikan buah limau kepada penduduk kampung kami sebagai tanda ingatan.

Kita juga menghargai sokongan daripada kaum cina terutamanya semasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13  yang lalu, Sokongan yang diberikan kepasa calon-calon PAS baik di peringkat Parlimen dan DUN sangat membanggakan, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang

20160203_180531Beliau kerkata demikian sewaktu ditemui semasa menyerahkan buah limah kepada penduduk kampung Tok Adam yang disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP), Tiong Koo Yong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat dan lain-lain.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen