Operasi Mencari Seorang Lagi Pelajar Yang Hilang

20 01 2016

Tanjong Karang, 20 Jan : Seorang lagi pelajar yang bersama-sama 20160120_234005rakan mereka mandi di Kunci Air Terusan Besar seramai 15 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa, Nor Ashraf Bin Niran, 13, sedang giat dijalankan.

Orang ramai difahamkan daripada salah seorang rakan mereka, Ashraf, telah melarikan diri kedalam hutan berhampiran dengan tempat kejadian sebaik sahaja mengetahui tiga orang rakannya telah lemas.

Gerakan mencari dan menyelamatkan pelajar tingkaran 1 tersebut telah melibatkan Pasukan Bomba dan Penelamat, Unit Keselamatan Kampung dan orang ramai.

IMG-20160121-WA0001Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampangan, Abdul Wahab Bin Yusof, Penduduk kampung turut bersama-sama dengan pasukan keselamatan sedang giat mencari adik Ashraf di sekitar tempat kejadian sejak mendapat maklumat daripada orang ramai petang tadi.

“Beberapa pasukan telah masuk ke dalam hutan dan kebun untuk mencari mangsa, namun sehingga sekarang belum menemui apa-apa petanda” katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, telah hadir ke tempat kejadian untuk meninjau dan bertanya khabar dengan ibubapa pelajar tersebut mengenai kejadian itu.

Hadir sama ialah Timbalannya, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, IMG-20160121-WA0003Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Binti Samat, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Kerajaan PAS Kawasan, Norazman Serin, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, Siti Khadijah Sheikh Osman antara yang turut hadir.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: