Dua Sahabat Sekolah Lemas Di Kunci Air Besar

20 01 2016

IMG-20160120-WA0084Tanjong Karang, 20 Jan : Hasrat sekumpulan pelajar seramai 15 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa untuk mandi sebelum pergi ke sekolah di Kunci Air Terusan Besar bertukar tragedi apabila dua orang daripada mereka lemas manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri setelah bergayut di sebatang pokok kelapa.

Mohammad Akmal Bin Munawir, 14 dan Mohammad Hafiz Bin Arbain,14, meninggal dunia ditempat kejadian dan dijumpai oleh penduduk kampung dan pasukan Bomba dan Penyelamat.

Manakala seorang lagi pelajar yang terselamat ialah, Raja Muhammad Hazik Bin Raja Hasrizal, juga 14, dari Taman Desa Jaya telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang bersama-sama dua orang lagi rakannya yang telah meninggal20160120_220137 dunia.

Jenazah kedua-dua orang pelajar tingkatan dua tersebut telah
disembahyangkan di Masjid Ar Raudhah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang selepas solat Asar

Sementara itu, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, melahirkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut dan turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Beliau bersama-sama Timbalannya, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, telah melawat keluarga 20160120_222347mangsa dan memberikan sumbangan dirumah masing-masing.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Binti Samat, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Kerajaan PAS Kawasan, Norazman Serin, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, Siti Khadijah Sheikh Osman serta kakitangan PKM DUN Sungai Burong


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: