PAS Parti yang Mempunyai Banyak Pengalaman

11 01 2016

Kuala Selangor, 10 Jan    :     Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata, PAS ad20160110_103356alah merupakan parti yang paling banyak pengalaman berbanding dengan parti-parti politik yang lain, PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Persekutuan, kemudian bersendirian, selepas itu membentuk Kerajaan Negeri Kelantan melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama Semangat 46, HAMIM dan BERJASA pada tahun 1990.

PAS juga, katanya, pernah menang dan mentadbir negeri Terangganu, Kedah dan sehingga sekarang memerintah negeri Kelantan dan Selangor serta pernah diberi mandat memerintah di Perak. Dengan pengala20160110_100115man yang ada PAS mengambil pendirian untuk bersikap terbuka dan tidak mengamalkan politik sempit.

Untuk menang Pilihan Raya pula, perlu mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat, rakyat pula mestilah diberikan kefahaman yang jelas dengan dasar dan matlamat yang dibawa oleh PAS supaya sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS bukanlah berdasarkan kepada sentimen semata-mata, katanya lagi20160110_095140

Kita tidak mahu apa yang berlaku di timur tengah berlaku dinegara ini, apabila rakyat bangkit dan menentang Kerajaan apabila menang dan memerintah akhirnya telah dipintas yang mengambil alih oleh pihak lain. Semua kebangkitan rakyat yang berlaku adalah daripada gerakan Islam, tetapi apabila hendak mencapai kemenangan pihak lain yang mendapat manfaat dan mentadbir, ujarnya lagi sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Pilihan Raya PAS Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPrN) Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: