PAS Bersedia Bertanding 25 Kerusi DUN

11 01 2016

Kuala Selangor, 10 Jan : Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Haji Iskandar Abdul Samad, berkata, PAS bersedia untuk menambah lima lagi 20160110_095648kerusi dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang berbanding 20 kerusi sebagaimana PRU sebelum ini.

Seluruh jentera Pilihanraya PAS di negeri Selangor mestilah bersiap sedia menghadapi PRU akan datang secara bersendirian, situasi PRU akan datang berbeza berbanding PRU yang lepas memandangkan PAS tidak menyertai mana-mana Pakatan sekaligus PAS tidak terikat dengan mana-mana pihak dan bebas untuk bertanding dimana-mana kerusi, katanya yang juga Naib Presiden PAS.

PAS Selangor juga, tegasnya, tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan PAN, sebagai contohnya kerusi Ahli-ahli Majlis Pihak Berkausa Tempatan (PBT), kita telah mengambil keputusan tidak akan memberikan kuota kita kepada PAN dan bertegas untuk mempertahankannya, katanya lagi sewaktu berucap di Ijtimak Pilihan Raya PAS Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPrN) Selangor yang diadakan di Stadium tertutup Kuala Selangor.20160110_100422

“Kehadiran kita pada hari ini menunjukkan PAS masih relevan kerana mempunyai jentera yang kuat diperingkat bawahan berbanding dengan parti-parti lain”, katanya lagi

Program tersebut telah dihadiri oleh hampir 8,000 jentera PAS dari seluruh negeri Selangor dan telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, manakala perasmian penutup oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: