Pemergian Cikgu Sutirah Satu Kehilangan Besar

9 01 2016

Tanjong Karang, 8 Jan    : Pemergian Cikgu Sutirah Abdullah, 40, guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Ikhlas IMG-20160108-WA0156Kampung Parit 4 Tanjong Karang jam 7.15 pagi di Hopsital Sungai Buloh turut mendapat perhatian pimpinan PAS dipelbagai peringkat.

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, yang juga Pengarah PASTI Negeri Selangor, berkata, PASTI Negeri turut terkesan dan merasa kehilangan seorang guru yang komited seperti Allahyarhamah. Walaupun tidak mengenali Allahyarhamah secara dekat, tetapi daripada maklumat yang diberikan, Allahyarhamah  merupakan seorang istiqamah sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru, katanya lagi.

“Semoga segala sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang mendidik pelajar-pelajar PASTI selama 15 tahun akan menjadi saham yang berkekalan kepada Allahyarhamah”, katanya lagi sewaktu menyampaikan sumbangan kepada suami Allahyarhamah, Ahmad Fauzi Mohamad Rasat dirumahnya.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir ialah Setiausaha DPP Negeri Selangor, Damanhuri Dol, Setiausaha PASTI Negeri Selangor, Mohd  Aslam Mohd Khanani

20160108_144409Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor, Ustazah Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang yang aktif, kreatif dan banyak berjasa khususnya kepada PASTI Kawasan Tanjong Karang, Semoga semangat dan pengorbanan Allahyarhamah  dapat dicontohi oleh guru-guru PASTI yang lain dalam meningkatkan quality pendidikan PASTI.

Doa kami, semoga pengorbanan Allahyarhamah dinilai oleh Allah sebagai suatu amal soleh dan menghimpunkan Allahyarhamah bersama-sama para solehin, katanya lagi dalam kenyataan melalui whatapps.

Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud pula berkata, Allahyarhamah merupakan insan yang berkebolehan dalam bidang pendidikan. Jasa dan pengorbanannya sepanjang menjadi tenaga pengajar selama 15 tahun di PASTI amat membanggakan DPP Kawasan”

Biarpun apa yang terjadi Allahyarham tetap memberikan komitmen dan terus istiqamah bersama-sama PASTI demi 20160108_151215melahirkan anak-anak yang soleh. Jasa dan pengorbanannya dapat dilihat melalui pencapaian yang telah menerima anugerah sebagai Guru Cemerlang PASTI Tanjong Karang selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015 yang lalu, katanya lagi

Sementara itu, turut melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarhamah ialah Setiausaha DPP Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis yang juga Setiausaha PASTI Kawasan Tanjong Karang, yang menyifatkan Alahyarhamah sebagai seorang yang peramah dan mudah membantu rakan-rakannya dalam sesuatu tugasan yang diberikan. Pemergian beliau memang sangat  dirasai oleh kami PASTI Kawasan dan rakan-rakan seperjuangan beliau.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: