Jenazah Cikgu Sutirah Selamat Disemadikan

9 01 2016

20160108_154653Tanjong Karang, 8 Jan    : Jenazah guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Ikhlas Kampung Parit 4 Ban 4, Sutirah Abdullah, 40, yang telah menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh beberapa hari yang lalu akibat daripada darah beku di otak telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit 4.

Jenazah telah tiba di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengahari daripada Hospital Sungai Buloh, sebelum di bawa ke Surau Al Muttaqin yang berhampiran dengan sekolahnya iaitu PASTI Al ikhlas untuk Solat jenazah yang telah diimamkan oleh Pengurus PASTI Al Ikhlas, Midy@ Selamat Sular.

Sementara itu, antara pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang yang hadir memberikan penghormatan kepada 20160108_150523Allahyarhamah ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Marsunah Jemain, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi PASTI Kawasan Tanjong Karang dan Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Haji Othman Ngah.

Turut hadir ialah Setiausaha PASTI Negeri Selangor, Mohd Aslam Mohd Khanani, Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan, Sharan Mohd Salleh, yang juga Bendahari DPP Kawasan, Setiausaha DPP Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Setiausaha PASTI Kawasan Tanjong Karang, Pengerusi Lajnah KebIMG-20160108-WA0106ajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang, Norsidah Binti Samat, yang juga Ketua Unit Kebajikan PASTI Kawasan Tanjong Karang dan guru-guru PASTI Kawasan Tanjong Karang.

Pengurus PASTI Al Amin, Norazman Serin, yang juga Bendahari PASTI Kawasan, Pengurus PASTI Al Badar, Mohamad Fadzli Mustapa,yang juga bekas Pengerusi PASTI Kawasan, Pengurus PASTI Al Muttaqin, Haji Miskon Misani, Pengurus PASTI An Najah, Ustaz Haji Dul Jalil Mahmud dan bekas Pengerusi PASTI Kawasan, Subanderio Masdar juga antara yang turut hadir.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: