Guru PASTI Al-Ikhlas Parit 4 Kembali Kerahmatullah

8 01 2016

Tanjong Karang, 8 Jan : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang kehilangan seorang guru yang komited dan cemerlang di IMG-20160108-WA0053-1pagi Jumaat yang hening, Sutirah Abdullah, 40, guru di PASTI Al Ikhlas Parit 4 telah disahkan meninggal dunia jam 7.15 pagi di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarhamah telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Januari yang lalu setelah rebah dirumahnya. Doktor memaklumkan Allahyarham mempunyai darah beku di otak dan telah menjalani pembedahan di hospital berkenaan pada 5 Januari yang lalu.

Allahyarham telahmengajar di sekolah berkenaan selama 15 tahun sejak PASTI tersebut dibuka pada tahun 2001. Allahyarham meninggal suami, Fauzi Rasat dan empat orang anak.

Pengurus PASTI Al-Ikhlas, Midy@Selamat Sular, berkata, Kematian Allahyarham adalah merupakan satu kehilangan besar buat kami warga PASTI di cawangan ini, kerana beliau adalah merupakan telah mengajar di sekolah ini sejak awal penubuhannya pada tahun 2001. Banyak kenangan kami bersama Allahyarham yang mendidik dan mencurahkan ilmu untuk anak-anak tanpa mengira ganjaran ataupun elaun.

Bagi Pengerusi PASTI Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, pula, Allahyarhamah seorang guru yang ceria dan sangat istiqamah sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Allahyarhamah juga rajin mengikuti setiap aktiviti dan program yang melibatkan PASTI seperti kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan samaada di peringkat Kawasan mahupun Negeri.

Kali terakhir Allahyarham menyertai Bengkel Pengurusan Strategik yang dianjurkan oleh PASTI Kawasan pada awal Disember tahun lalu yang dianjurkan oleh pihak PASTI Kawasan dan Kursus Transisi yang dianjurkan oleh PASTI Negeri pada akhir Disember tahun lalu, katanya lagi yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong KarangIMG-20160108-WA0039

Sementara itu, Pengerusi Majlis Guru PASTI (MGP) Tanjong Karang, Hajah Zainon Soleh, pula berkata, Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh kami guru-guru PASTI, Allahyarham merupakan sahabat yang sangat baik dan mudah bergaul dengan semua orang. Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Allahyarham akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaiknya.

Semasa Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang tahun lalu, Allahyarham telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang PASTI tahun 2015 dan telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor

Solat jenazah difahamkan akan dilakukan di Surau Al-Mutaqin Kampung Parit 4, berhampiran PASTI Al-Ikhlas. Semoga segala jasa yang ditabur selama ini mendapat rahmat dan roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: