Hanya Orang Yang Beriman Layak Memakmurkan Rumah Allah – Ustaz Ramli Sidom

2 10 2015

Tanjong Karang, 1 Okt :Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak 20151001_221524takut melainkan kepada Allah”

Merujuk kepada surah at-taubah ayat 18, maka jelaslah garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Al Quran mengenai golongan yang layak dilantik untuk menguruskan Masjid, kata Pegawai Penyelaras Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Ramli Sidom.

Masjid merupakan rumah Allah dan menjadi tempat ibadat bagi orang Islam, oleh itu bukan sebarangan orang boleh diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memakmurkan rumah-rumah Allah, katanya lagi.

Oleh yang demikian, katanya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap20151001_221542 ahli qariah untuk mencalon, melantik dan memilih individu yang benar-benar layak untuk menjadi pentadbir masjid.

Sebolehnya individu yang akan dipilih oleh ahli qariah mestilah mampu menjadi Imam solat jamaah, menyampaikan tazkirah, membawa tahlil dan sebaginya, barulah merela layak untuk diangkat sebagai pentadbir masjid, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah maghrib yang diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

20151001_221316Hadir sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki.

Selain itu ialah, Ketua Urusan ‘Ulamak, Ustaz Shaaban Sujak, Ketua Dewan Pemuda, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Hajah Marsunah Jemain, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan lain-lain


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: