Bekas Ketua Pemuda PAS Selangor Ziarah Cikgu Rashdi Deraman

2 10 2015

Sungai Sireh, 1 Okt : Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli 20151001_184915Sidom hari ini telah mengambil kesempatan menziarahi sahabat seperjuangannya iaitu Bekas Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman dikediamannya di Sungai Sireh.

Mohamad Rashdi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rashdi mengidap kanser usus dan baru menjalani pembedahan di Hospital Selayang.

Lebih menyedihkan isterinya, Ustazah Alpiyah Kayun, yang masih bertugas sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong yang juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, turut menderita penyakit kencing manis dan telah kehilangan deria penglihatan dan pendengaran.

Menurut Ustaz Ramli, saya mengenali cikgu Rashdi lama sejak kami sama-sama berada di dalam Pemuda PAS 20151001_184943Selangor. Justeru bila saya mendengar berita beliau tidak sihat saya datang untuk menziarahinya.

Selain sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan, Cikgu Rashdi juga pernah diamanahkan sebagai AJK DPPN Selangor pada sesi 2001-2003. Di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas cikgu rashdi juga telah dipilih sebagai calon PAS bagi Parlimen Tanjong Karang menentang calon Bn, Dato’ Seri Noh Omar

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Naib Ketua DPP Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: