Timbalan Speaker DUN Selangor Ziarah Warga Emas Sempena Aidil Adha

28 09 2015

IMG-20150927-WA0085Tanjong Karang, 27 Sep : Program Kembara Amal Aidil Adha dan Jejak Fakir 4.0 pada hari terakhir berjaya diadakan di perkarangan Surau Al Muttqin Parit 4 Ban 3 Sungai Burong.

Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan sejak awal pagi dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk setempat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker DUN SelaIMG-20150927-WA0261ngor, Ustaz Haji Shafie Ngah, sementara tazkirah qurban pula oleh Ketua Sektor Perundingan Agihan Lembaga Zakat selangor, Ustaz Abdul Samad Ibrahim.

Seramai 25 orang penduduk yang kurang berkemampuan turut menerima hamper dan daging agihan korban dan disampaikan sendiri oleh Shafie.

Di dalam IMG-20150927-WA0221program tersebut, Shafie yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Bangi turut membawa 65kilogram daging korban daripada DUNnya untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor itu juga turut melawat beberapa orang warga emas yang uzur dirumah mereka bagi menyampaikan sumbangan berbentuk barangan asas.

Dalam kesempatan yang sama beliau turut berkesempatan menziarahi Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang baru menjalani pembedahan usus dan isterinya, Ustazah Alpiyah Kayun, yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran akibat daripada kencing manis.

Hadir sama dalam program anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah KualaIMG-20150927-WA0199 Selangor (MDKS) itu ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Urusa  ‘Ulamak PAS Kawasan, Ustaz Shaaban sujak, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud& Ustazah Hajah Masunah Jemain, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin dan lain-lain.

Sementara itu, Mad Janal Nawawi, Haji Jayus Suraji, Haji Mohd Sa’ad Bakar, Nor Azman Serin dan Mazlan Shamsudin antara Ketua-ketua Kampung yang hadir ke program berkenaan.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: