PeBT MDKS Turut Lakukan Korban

27 09 2015

Tanjong Karang, 26 Sep : Umat Islam terus melakukan ibadah korban pada IMG-20150926-WA0127hari ini yang telah masuk hari ketiga, termasuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Program Kembara Amal Aidil Adha dan Jejak Fakir 4.0 adalah kesinambungan kepada program-program tahunan sebelum ini. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini telah diadakan di tiga tempat bermula pada hari raya kedua sehingga keempat.

IMG-20150926-WA0161Pengerusi Induk PeBT MDKS,  Sharan Mohd Salleh berkata, melalui program seumpama ini secara tidak langsung kita dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dan mengenali mereka dengan lebih rapat.

“Sama sebagaimana program-program sebelum ini, selain agihan daging korban, seramai 35 orang penduduk yang tergolong di kalangan fakir miskin telah menerima hamper berbentuk barangan asas harian untuk meringankan beban mereka” katanya lagi yang juga Pengerusi PeBT MDKS Zon 1D Tanjong Karang.
IMG-20150926-WA0060
“Kami berharap dengan sedikit sumbangan yang diberikan ini dapat menggembirakan mereka yang dalam kesusahan. Kita menyedari rakyat kini semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, jadi dengan sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu mereka” katanya Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang itu lagi

20150926_101532Program hari ini yang diadakan di Perkarangan rumah Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Raja Musa, Haji Jayus Suraji, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan dan Ketua PAS Cawangan Raja Musa,  diserikan lagi dengan tazkirah oleh penceramah undangan Ustaz Mohd Noor Sahar. Program telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kuala selangor, Haji Azahari Sairin.

Hadir sama di program berkenaan ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, 12032110_1118761308151875_5129374820755230975_nNor Az Azlan Ahmad, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Yahya Mat Sahri, Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang, Rozanna Zainal Abidin, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Mohd Shaaban Sujak, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain, Setiausaha dan Penolong-penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Haji Othman Ngah, Mohamad Azman Abd Azis, Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Esa Ramli dan lain-lain.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: