Hayati Semangat Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

25 09 2015

Tanjong Karang, 25 Sep : Sebagai Umat Islam kita mestilah menghayati sejarah pengorbanan yang dilakukan IMG-20150925-WA0187oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S, setelah mendapat perintah daripada Allah S.W.T, Kata Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Berkat kesabaran dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam menjunjung perintah Allah, akhirnya Allah telah menggantikan dengan seekor kibas, katanya sewaktu merasmikan program Kembara Amal Aidil Adha dan Jejak Fakir 4.0.

Program yang diadakan setiap tahun ini, telah diadakan di perkarangan rumah bekas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajah Asmah Ahmad, yangIMG-20150925-WA0174 juga bekas Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Tanjong Karang, di Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh.

Kita juga melahirkan simpati dengan Umat Islam yang sedang  menunaikan fardhu haji pada tahun ini, yang menghadapi pelbagai ujian daripada Allah,  bermula dengan kejadian krin runtuh dan melibatkan ramai jemaah haji termasuk daripada Malaysia yang meninggal dunia dan cedera, katanya.

Dan yang terbaru, katanya, ialah berlakunya rempuhan di Mina yang mengakibatkan lebih 700 orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat daripada berlakunya kesesakkan di pintu masuk jambatan ke jamrah. Setakat ini IMG-20150925-WA0023difahamkan tidak ada jemaah haji daripada Malaysia yang terlibat.

Dalam program tersebut sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk sekitar, selain itu seramai 25 orang fakir miskin dan ibu tunggal juga telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas.

YDP PAS Kawasan bersama-sama AJK yang lain turut berkesempatan melakukan ziarah ke beberapa rumah penduduk yang uzur untuk menyampaikan sumbangan tersebut termasuk rumah bekas Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kanan Baroh, Haji Mohd Juhari Bin Satiran.
IMG-20150925-WA0191
Turut hadir dalam program tersebut ialah personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin yang turut memberikan tazkirah kepada yang hadir, selain itu, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin dan beberapa orang Ketua Kampung, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, yang juga Naib YDP PAS Kawasan,  Nor Azman Serin, Haji Mohd Sa’ad Bakar dan Osman Wagiman


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: