PeBT MDKS Anjur Program Bekam Percuma Kumpul Dana Bina Maahad Thahfiz

21 09 2015

Tanjong Karang, 19 : Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang yang terbakar bulan Ogos yang lalu IMG-20150919-WA0133terus mendapat sumbangan dan perhatian daripada pelbagai pihak dalam usaha untuk membina semula bangunan tersebut.

Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, turut mengambil inisiatif bagi membantu maahad tersebut dengan mengadakan program bekam secara percuma di pejabat maahad tersebut.

Program yang pertama kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dan telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM5,515.00

Saya rasa bertanggungjawab untuk membantu pihak maahad thahfiz dalam usaha membangunkan semula bangunan yang telah terbakar bagi keselesaan pelajar-pelajar di maahad ini, Katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang.

Saya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang telah hadir menjayakan program ini dan memberikan sumbangan sehingga mendapat jumlah terkumpul sebanyak RM5,517.00, dan telah diserahkan kepada Mudir maahad tersebut, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, katanya lagi IMG-20150919-WA0250yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Tanjong Karang.

Sementara itu, Mohamad Judi, berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak masih diterima dari masa ke semasa samaada secara tunai atau dimasukkan melaluu akaun maahad, Insya- Allah bangunan baru yang dirancanga akan dapat dibina dalam masa yang terdekat.

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja.

Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10, Tanjong Karang telah terbakar pada 8 Ogos 2015 yang lalu dipercayai akibat daripada litar pintas.

Maahad Tahfiz, yang dibina kira-kira 25 tahun yang lalu itu, mempunyai seramai 25 orang pelajar antara 12 hingga 19 tahun.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: