Simpati dan Bantu Ringankan Beban Rakan Seperjuangan

18 09 2015

Tanjong Karang, 16 Sep : Simpati dengan nasib yang menimpa Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang baru melakukan pembedahan ususIMG-20150916-WA0092 di Hospital Selayang bulan lalu, PAS Kawasan Tanjong Karang telah melakukan ziarah dan menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk memudah pergerakkannya sebaik sahaja pulang ke rumahnya di Batu 12 Sungai Burong.

Diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan? Nor Az Azlan Ahmad bersama-sama beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS  Kawasan termasuk Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat.

Kami rasa simpati dengan dugaan yang dialami oleh Cikgu Rashdi, dan rasa bertanggungjawab untuk sama membantu meringankan bebannya, katanya.

Tambahan pula, katanya, Isterinya, Siti Alpiyah Kayun, turut menderita menghidapi penyakit kencing manis dan menyebabkan kehilangan deria penglihatan dan pendengaran baru-baru ini, dan berulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebanyak tiga kali seminggu untuk rawatan dialisis.
IMG-20150916-WA0089
Kedua-duanya adalah merupakan aktivis PAS Kawasan sejak sekian lama dan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 tahun 2013 yang lalu Cikgu Rashdi telah dipilih sebagai calon PAS bagi Parlimen Tanjong Karang, katanya lagi.

Kami mendoakan agar cikgu dan isterinya bersabar dan mudah-mudahan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. tidak lupa juga kepada anak-anaknya diberikan ketabahan sepanjang menjaga kedua ibubapanya semoga mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya, ujarnya lagi.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: