Kerajaan Negeri Selangor Ambil Berat Keluhan Petani

7 09 2015

Tanjong Karang, 6 Sep : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam,11953127_1459608864369575_7968269191890475123_n Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Haji Zaidi abd Talib,  berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh para petani khususnya pesawah yang terpaksa menanggung pelbagi kos barangan seperti racun, baja, jentera jentolak dan sebagainya, sedangkan dalam masa yang sama harga padi masih ditahap yang rendah sekaligus ia membebankan petani.

Selain itu, Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Templer, itu juga turut melahirkan rasa simpati kepada petani yang turut terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak April yang lalu, sehingga difahamkan dikedai-keda10409563_1459608931036235_4716910999725064066_ni racun membenarkan para petani berhutang racun tetapi tidak untuk GST.

Justeru itu, Bendahari PAS Negeri Selangor itu juga, menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyokong PR dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang dan mengambil Putrajaya, hanya dengan cara itu sahajalah dapat membantu meringankan beban rakyat.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri program ramah mesra anjuran Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Pe11915798_1459609357702859_1417372426369899317_nrmatang di perkarangan rumah Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block EQSW, Haji Sanusi Jaus.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Yahya Mat Shahri, Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang dan Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: