Iftar Ramadhan Bersama Presiden PAS Dapat Sambutan Menggalakkan

6 07 2015

20150705_180239Shah Alam, 5 Jul : Program Iftar Ramadhan dan ramah mesra bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli PAS Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Universiti Industri Selangor (UNISEL) Seksyen 7 Shah Alam.

Di dalam ucapannya Tuan Guru Haji Abdul Hadi, berkata, “Kemenangan adalah anugerah daripada Allah s.w.t, tiada gunanya jika dianugerahkan kemenangan tetapi hukum Allah tidak dapat dilaksanakan, kerana ia adalah merupakan salah satu daripada asas perjuangan yang dibawa oleh PAS sejak ditubuhkan 60 tahun yang lalu”

“Oleh yang demikian, semua ahli-ahli PAS diminta untuk20150705_175213 terus beristiqamah bersama perjuangan PAS bagi mendaulatkan hukum dan pemerintahan Islam, Insya-Allah jika kita menolong agamanya, Allah s.w.t akan memberi pertolongan kepada perjuangan ini, tanpa disangka-sangka”, katanya lagi.


Program tersebut adalah merupakan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat, dalam rangka lawatan ke Negeri-negeri selepas daripada Muktamar Tahunan PAS pada bulan Jun yang lalu

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib-naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah, Dato’ Isiftar shah alamkandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.

Antara pimpinan PAS yang turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalannya, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naibnya, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Setiausaha, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha, Haji Othman Ngah dan lain-lain.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: