Gotong Royong Sediakan Bubur Lambuk Untuk Orang Ramai

3 07 2015

Tanjong Karang, 2 Jul    : Sempena bulan Ramadhan yang mulia Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin bersama-sama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Penggerak Belia Tempatan20150702_123221 (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pengerusi-pengerusi Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengadapan program edaran bubur lambuk untuk orang ramai di sekitar pekan Tanjong Karang.

Bubur lambuk tersebut disediakan secara bergotong royong  mulai awal pagi dan siap pada waktu tengahari. Sebanyak lebih 600 bungkus bubur lambuk berjaya disiapkan hasil kerjasama daripada semua pihak dan diedarkan kepada orang ramai di hadapan Balai Penghulu Mukim Tanjong Karang 2 mulai jam 4.30 petang.

Selain itu, bubur lambuk tersebut turut diberikan kepada kakitangan hospital TanjIMG-20150702-WA0105ong Karang bagi menghargai jasa mereka yang telah banyak berkorban untuk rakyat.

Antara pimpinan masyarakat yang hadir dan mengedarkan bubur lambuk ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang dan lain-lain.IMG-20150702-WA0113

“Program yang julung-julung kalinya diadakan ini, adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah diantara satu sama lain dan memupuk semangat saling bekerjama terutamnya dibulan yang mulia” kata Jumasri.

Majlis berbuka puasa dan solat terawih turut diadakan di perkarangan Balai Penghulu dan dihadiri oleh pimpinan masyarakt setempat dan Ketua-ketua kampong di kedua-dua mukim


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: