Semua Ahli Diminta Terus Istiqamah Dalam Perjuangan

18 03 2015

Tanjong Karang, 16 Mac :      Ahli PAS diminta terus istiqamah dalam perjuangan dan mencontohi kepimpinan terdahulu yang berjuang dalam PAS sejak muda sehingga meninggal dunia seperti Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Mohd 20150313_221122Noor, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib dan yang terkini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja.

Kita lihat selepas Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz yang pernah diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sewaktu meninggal dunia ditangisi oleh ratusan ribu Umat Islam seluruh dunia. Selain puluhan ribu Umat Islam yang hadir ke Kampung Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada Murabbi Ummah yang disayangi, katanya lagi sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Simpang Tiga Parit Serong kali ke 15.

Kita patut bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai kemenangan di Negeri Selangor selama dua penggal. Dengan adanya kemenangan ini PAS kini dapat memainkan peranan yang lebih berkesan kepada masyarakat untuk memberi perkhidmatan dan kebajikan, katanya lagi

Diperingkat Negeri, kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang itu lagi, kita mempunyai wakil sebagai pembuat dasar iaitu 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), manakala diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita juga mempunyai wakil iaitu Ahli Majlis dan diperingkat Kampung ialah Ketua Kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), gunakan jawatan dan kedudukan yang ada untuk membantu masyarakat sekaligus mereka akan tertarik dengan dasar-dasar yang dibawa oleh Kerajaan Negeri dan seterusnya memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga mengigatkan di dalam ucapannya, Di dalam Islam jawatan adalah merupakan satu amanah yang akan disoal oleh Allah SWT dan ianya bukanlah merupakan satu kemuliaan atau penghormatan. Oleh itu laksanakanlah amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya bukan semata-semata untuk mendapat nama, gelaran dan pangkat tetapi gagal melaksanakan amanah yang disandang.20150313_214407

Dalam Mesyuarat Agung tersebut, Ketua dan Naib Ketua PAS Cawangan dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya iaitu, Ustaz Mohd Tohid Sanimun dan Azahari Mardzuki. Manakala Mohd Nor Marutti Alip dan Siti Misrinah Wagiman telah dipilih oleh perwakilan sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan.

Bagi AJK PAS Cawangan pula, Amir Ni’matullah, Marzuki Hasan, Jassul Akhbar Jubri, Mustafa Mainon, Hamdani Sakirin, Faizal Alib, Mohd Haziq Azmi dan Mohd Pajar Mario telah dipilih oleh perwakilan untuk sesi kali ini.

Mesyuarat Agung tersebut telah diadakan di Dewan Darul Ma’arif Block T Sawah Sempadan Tanjong Karang dan dihadiri lebih 30 orang ahli cawangan tersebut.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: