Ustaz Azizan Abd Razak pemimpin PAS pertama dianugerah “Tan Sri”

2 06 2013

Kuala Lumpur, 2 Jun : Bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, hari ini telah ajk-ybazizandianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” sempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Ustaz Azizan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah adalah merupakan pimpinan PAS pertama yang menerima anugerah tertinggi Negara yang membawa gelaran Tan Sri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau itu telah diamanahkan sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 2008 sebaik sahaja PAS bersama PKR dan DAP menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Isterinya, Puan Sri Datin Seri Diraja Hajah Faekah Sheik Hamzah telah mewakili Ustaz Azizan yang kini sedang dirawat di hospital keimagerana penyakit kencing manis, bagi menerima anugerah tersebut.

Ketika ditemui selepas itu, Faekah, mengucapkan terima kasih kerana jasa dan sumbangan yang telah di curahkan oleh Ustaz Azizan  selama ini telah dihargai, walaupun beliau sendiri tidak dapat hadir menerima darjah kebesaran ini disebabkan masalah kesihatan dan masih menerima rawatan di hospital.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: