Ibu Tunggal Pula Terima Program Jom Shopping E-bu Tunggal

4 03 2013

Alam Jaya, 2 Mac : Tema yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, 226551_442455552497464_1702124423_niaitu “Hasil Negeri Untuk Rakyat”, bukan hanya tema kosong semata-mata tetapi telah dibuktikan dengan pelbagai program yang dapat dirasai sendiri oleh rakyat di negeri Selangor, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Jika sebelum ini rakyat di Negeri Selangor telah diperkenalkan dengan pelbagai program melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti, pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Jom Shopping dan Jom Shopping Bonus dan sebagainya, adalah merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor memang berhasrat untuk membantu rakyat di negeri ini, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang itu lagi.577398_442456379164048_1794867240_n

Program berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan katanya, kali ini pihak Kerajaan sekali lagi telah menganjurkan program Jom Shopping bagi Ibu Tunggal yang berusia 59 tahun kebawah bagi membantu mereka mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh mereka, akibat daripada kematian suami ataupun berpisah dengan bekas suami masing-masing.

Sama sebagaimana program-program Jom Shopping yang diperkenalkan sebelum ini, program Jom Shopping E-bu Tunggal, peserta yang menyertai program ini diberikan baucer sebanyak RM100 untuk membeli-belah di pasaraya-pasaraya terpilih, manakala para pesertanya adalah dikalangan Ibu Tunggal yang 479757_442459162497103_927167688_nberusia 59 tahun kebawah, katanya.

Untuk Jom Shopping SMUE pesertanya adalah dikalangan warga emas samaada lelaki ataupun wanita yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui SMUE. Manakala Jom Shopping Bonus pula adalah khususkan bagi anak-anak kelahiran Selangor yang telah didaftarkan melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), katanya lagi.

Bagi DUN Sungai Burong, ini adalah merupakan kali pertama program ini diadakan dan telah membawa seramai 100 orang ibu tunggal bagi menyertai program pada kali ini. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat membantu mereka menyara anak-anak yang mereka tanggung selama ini, katanya lagi.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: