Program Pecutan Terakhir PTRS 2012

16 10 2012

Shah Alam, 14 Okt    :     Seramai 97 orang pelajar dalam Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong yang telah menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini telah menghadiri program pecutan akhir SPM Perdana 2012 di Dewan Auditorium & Banquet, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (SSAAS) hari ini.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali, telah Berjaya mengumpulkan seramai lebih 3,000 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dari seluruh Selangor, kata Pegawai PTRS DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.

Di dalam program berkenaan, katanya, para peserta dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan untuk diberikan motivasi bagi memberi semangat kepada para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan dalam dua tajuk iaitu motivasi kecemerlangan dan Strategi Menghadapi Peperiksaan.

Pada tahun ini seramai 189 orang pelajar di DUN Sungai Burong telah menyertai program PTRS sepanjang tahun 2012 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK) sejak bulan Mac tahun ini, katanya lagi yang juga Ketua Nisa’ Tanjong Karang

Sementara itu, Dr Halimah di dalam ucapannya, mengharapkan agar semua pelajar yang bakal menduduki SPM benar-benar mengulangkaji pelajaran supaya dapat menjawab soalan peperiksaan nanti, kerana SPM merupakan pepeiksaan penting yang menentukan masa depan pelajar.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: