Umno Tanjong Karang Jual Tanah Kerajaan Negeri Untuk Dijadikan Hotel

17 02 2012

Tanjong Karang, 17 Feb    :     Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan.

Tanah tersebut dikatakan telah ‘dianugerahkan’ oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan ‘untung atas angin’.

Tanah yang kini dijadikan sebagai bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang dan terletak bersebelahan dengan Dewann Dato’ Hormat Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri Selangor

Menurut Naib Yang DiPertua  (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman, asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik dan telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang. Kemudian Umno Tanjong Karang pula telah menjual tanah tersebut kepada syarikat bukan bumiputra.

“Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu,” katanya lagi yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Tanjong Karang

Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM)  sebagai bukti dakwaan tersebut. Hasil daripada semakan terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di pekan Tanjong Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa.

Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.

Manakala Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit. Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.

Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dengan syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.

Misran yang juga merupakan Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.

“Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.

“Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu,” kata beliau lagi.

Advertisements

Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: