AJK PAS Kawasan Selamat Mendirikan Rumahtangga

29 11 2008

Simpang Renggam, 29 Nov    : Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, 27, yang juga Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, telah mendirikan rumah tangga dengan AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor, Fairuz Nadhirah Shariff, 27.

Kedua-dua mempelai yang juga AJK Jabatan Teknologi Maklumat (IT) Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah diijabkabulkan sehari sebelumnya di Masjid Kampung Parit Hasan, Simpang Renggam Johor jam 3.20 petang.

Majlis perkahwinan tersebut lebih meriah lagi apabila adik pengantin perempuan, Farah Kamilah Shariff turut mendirikan rumahtangga pada hari yang sama dengan pilihannya Fahrul Razi Mastuki yang berasal dari Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor.

Faizal dan Fairuz bertemu jodoh semasa kedua-duanya terlibat sebagai AJK Bilik Gerakan Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPrN) Selangor selain terlibat dengan JIT Negeri  semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada bulan Mei 2008.

Turut hadir dirumah pengantin perempuan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS (TPJ) Negeri Johor, Ustaz Haji Atan Gombang, merangkap Yang Dipertua (YDP) PAS Sumpang Renggam dan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Johor, Hajjah Atiah Ahmad.

Selain itu ialah pimpinan PAS Kawasan Kelana Jaya, Ariff Ateed Dato’ Dr Hasan, yang juga AJK JIT BPPNS dan lain-lain.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: