Jom Shopping: Bukti Kerajaan Selangor Pulangkan Hasil Negeri Untuk Rakyat

29 12 2011

Kapar, 29 Dis    :    Sekali lagi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah membawa seramai 100 orang warga emas ke program Jom Shopping yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor di pasaraya Econsave, Kapar.

Sebanyak dua buah bas yang membawa warga emas dan warisnya telah dibawa daripada PKM DUN Sungai Burong jam 8.30 pagi dan tiba di Econsave pada 9.30 pagi. Mereka diberikan masa selama dua jam untuk membeli belah sebelum pulang ke Tanjong Karang jam 12.30 tengahari.

Pengerusi PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, program jom shopping adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Sungguhpun, katanya, bagi sesetengah golongan, pemberian baucer sebanyak RM100.00  tidak sebesar mana, namun rakyat seharusnya berterima kasih atas usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu mereka melalui program seumpama ini.

Sebagaimana diketahui oleh kebanyakkan rakyat, pada masa ini kos sara hidup semakin meningkat dengan kenaikan harga barangan  keperluan harian. Ini secara tidak langsung akan membebankan kebanyakan rakyat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, katanya lagi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Justeru itu, katanya, melalui program Jom Shopping ini, dapat memberi peluang kepada warga emas untuk membeli belah barangan keperluan harian untuk mereka, sekaligus membantu meringankan perbelanjaan seharian mereka.

Ini juga sekaligus membuktikan, bahawa kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar, benar-benar berhasrat untuk membantu rakyat sesuai dengan slogan Kerajaan negeri Selangor iaitu Hasil Negeri Untuk Rakyat, iaitu setiap hasil keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan akan dikembalikan semula kepada rakyat dan rakyatlah yang akan mendapat faedahnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap kepada 100 orang warga emas yang menyrtai program Jom Shopping. Lebih meriah lagi, program Jom Shopping kali ini turut melibatkan Pusat khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, yang membawa 100 orang warga emas dari DUN tersebut

Hadir sama ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Pegawai Hal Ehwal Wanita PKM DUN, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki dan Pengerusi JKKK Raja Musa, Haji Jayus Suraji.


Tindakan

Informasi

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.