Pengumuman Kenaikan Elaun Guru KAFA, Bukti Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat

10 02 2011

Tanjong Karang, 7 Feb    : Pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, mengenai kenaikan elaun bagi guru-guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebanyak RM300 yang mengajar samaada di Sekolah KAFA  ataupun Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) disambut baik oleh guru-guru berkenaan.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang diadakan rabu lepas. Tambahan elaun ini juga akan melibatkan seramai 3,935 orang guru KAFA yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI di seluruh negeri.

Sementara itu,seorang guru KAFA, Ustaz SM Mubaroq Omar, Mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur diatas pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor.

“Diharap dengan keprihatinan pihak Kerajaan Negeri ini, akan dapat mengekalkan pretasi kerja dikalangan guru-guru KAFA disamping itu akan turut membantu menaikkan taraf hidup mereka berbanding sebelum ini” katanya lagi.

Manakala bagi seorang lagi guru KAFA yang ditemui, Ustazah Siti Mariyam Mustapa, juga turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan guru-guru KAFA dengan menaikkan elaun sebanyak RM300.00.

“Sedikit sebanyak, dengan kenaikan elaun  ini akan dapat membantu kami, terutamanya yang sedang menyambung pelajaran secara jarak jauh seperti di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan sebagainya” katanya

“Insya-Allah, sebagai  guru agama tugas dan tanggungjawab tersebut akan digalas dengan baik demi untuk mendidik pelajar-pelajar agar menjadi anak-anak yang cemerlang samaada didunia ataupun diakhirat”katanya lagi.

About these ads

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: