Dato’ Manan, 21 Nov : “Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumaht
angga” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dibawah program “One Stop Crisis Center (OSCC)” dari jam 8.00pagi sehingga jam 1.00 tengahari di Dewan Melati Kampong Dato’ Manan Darat.
Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep “keadilan” dalam hubungan kekeluargaan, memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang dan menyediakan tempat yang selamat untuk mendapatkan rawatan.
Walaupun OSCC telah lama diwujudkan, namun masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai, kata Hajjah Rohainah binti Haji Hasan selaku pengendali program tersebut.
Justeru, katanya, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan badan bukan kerajaan (NGO). Kempen ini memberikan kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai, katanya lagi.
Selain ceramah, yang telah disampaikan oleh, Zawiah Mohd Amin, sesi forum yang bertajuk “OSCC: Peranan dan Maklumat” turut diadakan oleh pihak penganjur yang dipengerusikan sendiri oleh Hajjah Rohaina.
Manakala ahli-ahli panelnya terdiri dari Pengarah Hospital Tanjong Karang, Pegawai K
ebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Pegawai Polis Daerah Kuala Selangor dan seorang peguam syar’ie dari sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang banyak terlibat dengan badan NGO. Selepas itu sesi soal jawab diantara peserta dan ahli panel turut diadakan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman. Turut hadir ialah Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ustaz Mohd Judi Sarjo, Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja.
Bendahari PAS Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Bakar, Abu Zaki Razak, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, Norhidayah Parmin dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 juga turut hadir memeriahkan program tersebut.








ri (DUN) Sungai Burong telah melantik, Fazlena binti Sharif, 25, sebagai Pembantu Tadbir yang baru berkuatkuasa pada 11 November 2009 menggantikan Sofiah binti Abdul Majid yang melepaskan jawatan pada akhir bulan yang lalu kerana mendapat tawaran lain.
Norshidah Samat, 42, selamat melahirkan cahayamata ke-8 di Hospital Sungai Buluh jam 8.30 malam melalui pembedahan pada 27 Oktober 2009 yang lalu.
an Negeri (DUN) Sungai Burong, Sofiah Abdul Majid telah melepaskan jawatan berkuatkuasa pada 30 Oktober 2009 yang lalu, kerana telah mendapat tawaran kerja yang baru.