Rabbani ceriakan Jamuan Hari Raya PAS Tanjong Karang

19 10 2009

Tanjong Karang, 17 Okt :               Buat pertama kalinya Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh PAS Tanjong 100_3005Karang dengan Kerjasamana Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dimeriah dan diceriakan oleh Kumpulan Rabbani.

 Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang mulai jam 2.00 petang sehingga 5.30 petang telah diserbu oleh orang ramai sejak awal kerana ingin mengikuti persembahan daripada kumpulan Rabbani.100_3004

 

Dianggarkan seramai 6,000 orang telah mengunjungi rumah terbuka tersebut yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Soto, Laksa, Lemang. Seekor lembu turut disediakan oleh pihak PAS Tanjong Karang dan PKM DUN Sungai Burong.

 

Antara tetamu yang hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, Elizabeth Wong, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris bin Kassim, Ahli-ahli MDKS, Zainal Abidin Abd 100_3053Samad, Lim Piang Nam dan Low Tan.

Lebih memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini ialah turut dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum yang terdiri dari kaum Cina, India dan Orang Kurang Upaya (OKU)

 

YDP PAS Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Pengarah P100_3045KM DUN Sungai Burong turut menyampaikan ucapan kepada yang hadir.

 Kehadiran orang ramai telah disambut oleh Jawatankuasa Harian PAS Tanjong Karang diketuai oleh Naib YDP Haji Misran Serman, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang.

1) Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri (01)

2) Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri (02)


Actions

Information

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.