Tanjong Karang, 17 Okt : Briged Amal Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong buat perkata kalinya telah menganjurkan program motivasi kepada pelajar-pelajar Alumni SPIES bertempat di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.
Program tersebut yang dimulai jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang telah mengikuti program yang dianjurkan oleh SPIES, turut serta dalam program tersebut ialah pelajar-pelajar yang akan mengikuti kursus SPIES dalam masa yang terdekat.
Sasaran asal peserta ialah seramai 100 orang pelajar tetapi pelajar yang menyertai program tersebut meningkat pada hari pendaftaran menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 150 orang. Sebanyak dua tajuk telah dibentangkan dalam program tersebut iaitu, “Alumni SPIES : Harapan & Cabaran” serta “Cemerlang 5 Alam”.
Timbalan Yang Diperta (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah membuat perasmian penutup menggantikan YDP PAS Kawasan, Drs Mohd Rushdi Deraman.
Turut hadir ialah Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Mohamad Arish, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha DPP Tanjong Karang dan beberapa pimpinan PAS Tanjong Karang.