Penyampaian Skim Mesra Usia Emas Fasa ke-2 kali ke tiga

IMG0033ASungai Sireh, 12 Jun        :               Majlis penyampaian Skim Mesra Usia Emas fasa kedua untuk kali ketiga telah diadakan di Homestay Sungai Sireh dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Seramai  62 orang pewaris telah menerima baki sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan dua DUN dibawah Parlimen Tanjong Karang, iaitu DUN Sungai Burong seramai 20 orang dan 42 orang daripada DUN Permatang.IMG0040A

Didalam ucapannya Mohd Rashdi berkata, adalah menjadi tangungjwab Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah bagi membantu seluruh rakyat di negeri ini. Kita sebagai pemerintah akan berdosa sekiranya masih ada lagi rakyat di Negeri Selangor yang hidup miskin dan melarat dalam keadaan Negeri Selangor yang kaya.

Turut berucap ialah Pegawai Daerah (DO) Kuala Selangor, Haji Mohd Misri Idris. Hadir sama di dalam proIMG0049Agram tersebut ialah Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zainal Abidin Samad, yang juga Timbalan Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagaian Tanjong Karang.

Pengarah JPD Permatang, Shahibudil Akma Abd Kudus, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) DUN Sungai Burong dan Permatang

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.