PKM Sumbang RM1,000 kepada keluarga mendiang Yong Tee Sia

Tanjong  Karang, 8 Jun   : Pusat Khidmat Masyakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUNIMG0024A) Sungai Burong telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Yong Tee Sia, 74, seorang warga emas yang telah meninggal dunia pada hari jumaat yang lalu kerana sakit tua di rumahnya di Bagan Pasir Tanjong Karang.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja kepada anaknya Yong Bin Swee dihadapan orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Turut hadir ialah Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bagan Pasir Tanjong Karang dan Harun Jamaluddin Ketua PAS Cawangan Nurul Hakim.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.