Penyampaian Sumbangan Skim Mesra Usia Mas kali kedua

img_31501Batu 7, 21 Apr    :               Penyampaian sumbangan Fasa kedua Skim Mesra Usia Mas telah diadakan sekali lagi kepada waris-waris yang berhak menerima skim tersebut yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR).

Penyampaian tersebut diadakan di Perkarangan Pusat khidmat Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peimg_31691rmatang dan telah dirasmikan oleh Pembantu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, teknologi dan Inovasi Negeri Selangor Dr Haji Abd Rani Othman.

Seramai 16 orang penerima adalah daripada DUN Sungai Burong manakala bagi DUN Permatang seramai 21 orang penerima. Sumbangan ini adalah penyampaian fasa kedua iaitu sebanyak RM1,500,00. Baki RM1,000.00 telah diterima oleh waris penama skim tersebut setelah img_3178penama meninggal dunia oleh pihak PKM masing-masing.

Turut hadir ialah Pengarah JPD Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ketua PKR Bahagian Tanjong Karang, Haji Abdul Qudus Omart dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor serta Pusat khidmat kedua-dua DUN.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.