Tanjong Karang, 28 Feb : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, telah mengadakan lawatan ke Tanjong Karang sempena dengan Program Mendekati Rakyat (PMR) bagi meninjau masalah yang dihadapai oleh rakyat di K
awasan Tanjong Karang.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah membaca khutbah di Masjid Ar-Raudhah, Pekan Tanjong Karang. Diikuti dengan program berikutnya ialah Dialog bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Seluruh Daerah Kuala Selangor di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.
Selepas itu, Dr Hasan Ali, telah menyampaikan Kuliah Maghrib dan Masjid Block J Sawah Sempadan, program yang julung-
julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tersebut.
Manakala selepas Isya’, Ceramah Perdana penerangan isu-isu semasa telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat, beliau telah berceramah bersama dengan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman. Di dalam ceramah tersebut Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyampaikan sumbangan berbentuk bantuan untuk membaiki rumah orang miskin di Daerah Kuala Selangor dan bantuan kepada Surau dan Masjid yang telah uzur. Sumbangan te
lah disampaikan oleh Dr Hasan Mohd Ali.
Program PMR tersebut diteruskan dengan program Qiamullail yang diadakan di Masjid Ar Rohman, Batu 12 Sungai Burong, diikuti dengan sembahyang subuh dan Kuliah subuh yang disampaikan oleh Dr Hasan Mohd Ali.
Dr Hasan Mohd Ali mengakhiri program PMR tersebut dengan Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 4 Sekinchan.
Tanjong Karang, 27 Feb
khutbah di masjid tersebut ialah sewaktu baru memenangi kerusi DUN Sungai Burong pada Pilihanraya umum tahun 1999.
g Karang, 26 Feb : Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan baki daripada Skim Mesra Usia Emas kepada pewaris yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong. Seramai 28 daripda 70 orang orang telah menerima untuk penyampaian fasa kedua ini yang diadakan di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.
manifesto yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat (PR) kepada rakyat negeri Selangor. Kerajaan PR dalam perancangan untuk melaksanakan 9 lagi manifesto dan akan dilaksanakan pada tahun ini untuk keselasaan rakyat.
aktu berlaku banjir di Meru beberapa tahun lalu, Penyokong PAS tidak disenaraikan sebagai salah seorang daripada penerima bantuan daripada Kerajaan BN ketika itu. Tetapi hari ini semua rakyat telah diberi bantuan tanpa mengira fahaman politik.