Batu 7, 24 Nov : Dapur rumah milik, Jamil Mukmin, 47, terbakar diperca
yai berpunca daripada dapur gas di Lorong Hamzah, Jalan Bagan Pasir, Batu 7 Tanjong Karang.
Menurut isterinya, Ainiwati Alias, 39, semasa kejadian beliau dan suaminya tidada dirumah kerana menghantar anaknya ke Kuala Selangor, kerana hendak kembali ke Kolej. Tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya terbakar.
Dengan kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat, sebaik sahaja dimaklumkan oleh jirannya, api telah berjaya dipadamkan daripada terus merebak ke seluruh rumah. Kerosakan dianggarkan sebanyak RM2,000.00.
Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong (JPD) Mohd Rashdi Deraman telah melawat rumah tersebut dan menghulurkan sumbangan daripada pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong. Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kampong Tok Adam, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Setiausaha JKKK, Haji Abu Hasan Amat.











